Saturday, April 19, 2008

Pergi

“Mama!”

“Mama, pujuklah ayah dengan ibu. Jangan tinggalkan Mira. Mama!” Anak kecil itu menangis tersedu-sedu. Baju yang dipakai Salbiah ditarik-tarik.

Suasana memang sungguh sayu hari itu.

“Mira, jangan macam ni nak.” Pujuk Salbiah sambil menyeka airmata Amira.

“Ibu, janganlah pergi. Ibu!” Amira berlari ke arah Maznah.

“Sayang, jangan macam ni. Ibu dan ayah akan selalu ke sini kalau ada kelapangan.” Pipi Amira dikucup mesra. Anak kecil itu memeluk pinggang Maznah. Erat sekali.

“Ibu, nanti Mira nak main dengan siapa?” Pelukan itu masih erat. Amira tetap tidak mahu melepaskan pelukannya.

“Alah Piah, kau kan asyik nak bergaduh saja dengan aku,” Suddin yang diam dari tadi mula bersuara.

“Ibu!” Tangisan Amira tambah kuat.

“Suddin, tak boleh kah kalau tak menyakat Amira?” Maznah mencubit tangan Suddin.

Suddin memang suka menyakat Amira. Dan Suddin jugalah satu-satunya yang memanggil Amira dengan nama itu ... PIAH. Bukan Maznah tidak pernah menegur Suddin, tapi ... Suddin tetap memanggil Amira .... PIAH.

Shamil Azlan yang melihat keadaan itu berjalan ke arah Amira. Amira ditarik lembut. Memang terserlah sifatnya sebagai seorang abang. Satu-satunya abang yang Amira ada. Tapi .... dia juga selalu berkomplot dengan Suddin untuk mennyakat Amira. Sudahnya ... adiknya nan seorang itu selalu pulang ke rumah sambil menangis.

"Mira, abang masih ada kan ... Abang Lan takkan tinggalkan Mira. Kita masih boleh main bersamakan." Pujuk Azlan. Tangan adiknya cuba dileraikan dari terus memaut pinggang Maznah.

"Tapi Abang Suddin nak tinggalkan kita," suara Amira tersangkut-sangkut.

"Alah Piah, kau tuh berlakon saja tu ... Bukan aku tak tahu," sampuk Suddin. Sekali lagi, tangan Suddin dicubit Maznah. Geram betul dia dengan perangai Suddin yang tidak sudah-sudah menyakat Amira.

Thursday, April 17, 2008

Pro

"Mama, tolonglah. Jangan buat Mira macam ni." Entah kali yang keberapa, Mira

Tuesday, April 15, 2008

opsss

esok jer lah yer ... dah ngantuk

:P