Friday, August 1, 2008

Blank

"Hakimi, boss panggil". 

"Boss nak apa?"

"Entah, mana aku tahu. Tapi baik kau jumpa cepat, aku tengok lain macam mood dia pagi nih."

huhuhu ... ngantuk ... bersambung lah yer ... ;p

Monday, July 28, 2008

Confess

"Macam mana semalam?" Soal Azlan. Ringkas.

"Masih sama juga."

"Tak sempat juga? Sampai bila nih Din?"Azlan tersenyum sambil menghirup teh panas yang baru dihidangkan pembantunya.

"Entahlah. Aku pun tak tahu nak buat apa lagi. Keras betul hati adik kau tu ya." Suddin turus menghirup teh yang tersedia untuknya.

"Aku dah pesan dari dulu. So, macam mana sekarang?"

"Aku masih dengan rancangan aku. Aku akan cuba terangkan pada Mira hal yang sebenar sebelum hari pernikahan kami."

"Kalau tak sempat?"

"Kau dengan Mira sama saja. Suka banyak soal, tolongnya tidak. Kau tak kesiankan aku ke Lan?" Riak sedih sedikit terpancar di wajahnya.

"Bukan aku tak kesian, tapi kau yang sengaja menempah masalah."

"Tapi Mira tahu aku suka dia dari dulukan. Dari zaman kanak-kanak kita."

"Tapi dia tak tahu siapa kau yang sebenarnya." Azlan tersenyum nakal.

"Kau nak tolong aku ke tidak ni?"

"Tolong ... tolong ... aku akan cuba tolong kau ..." Ada tawa dihujung ayat itu.

"Macam tak ikhlas saja."

"Aikkk ... Kau pun dah pandai merajuk macam Mira? Berjangkit sejak bila nih?"

Perang

Amira tiba lebih awal dari masa yang dijanjikan. Gugup. Amira memang gugup. Ini pertemuan pertama meraka. Harapnya semua berjalan lancar.

"Hai sayang!" Lelaki itu di hadapan Amira. Tersenyum.

"Awak buat apa kat sini?" Amira benci. Sampai ke sini pun, Amira masih di ekori.

"Jumpa Mira lah. Kan Mira nak jumpa abang." Senyuman masih terukir. Amira tambah menyampah. Memang menyampah.

"Jangan perasan, ok!"

"Mira nak jumpa seseorang di sini kan ... "

"Mana awak tahu?"

"Abang tahulah ... sebab Mira nak jumpa abang."

"Boleh tak awak jangan ikut ke mana-mana Mira pergi. Rimaslah." Amira mencapai tas tangannya dan mula melangkah.

Langkahnya terhenti. Terasa seseorang memegang kemas pergelangan tangannya. Amira menoleh kebelakang.

"Tolong jangan buat perkara yang Mira tak suka, boleh tak?"

"Ok. Ok. Maafkan abang. Tapi abang ada hal nak terangkan pada Mira." Lelaki itu masih cuba berlembut, Seperti selalu. Dan seperti selalu juga, Amira akan mengelak dari bertembung dengan lelaki itu.

"Mira tak ada masa untuk awak." Amira terus menuju ke kereta. Lelaki itu masih di situ. Memandang sehingga bayang Amira tak kelihatan lagi. Gagal lagi dia hari itu. Degil. Itu perkataan yang tepat untuk Amira. Tetap sama seperti dulu.

Arrrgghhhh .... Kalaulah tak kerana wasiat ayah. Tentu Amira tak macam nih.

Amira kecewa. Hakimi entah di mana. Suddin yang menjelma. Kereta dihidupkan. Amira beredar dari situ.

Saturday, April 19, 2008

Pergi

“Mama!”

“Mama, pujuklah ayah dengan ibu. Jangan tinggalkan Mira. Mama!” Anak kecil itu menangis tersedu-sedu. Baju yang dipakai Salbiah ditarik-tarik.

Suasana memang sungguh sayu hari itu.

“Mira, jangan macam ni nak.” Pujuk Salbiah sambil menyeka airmata Amira.

“Ibu, janganlah pergi. Ibu!” Amira berlari ke arah Maznah.

“Sayang, jangan macam ni. Ibu dan ayah akan selalu ke sini kalau ada kelapangan.” Pipi Amira dikucup mesra. Anak kecil itu memeluk pinggang Maznah. Erat sekali.

“Ibu, nanti Mira nak main dengan siapa?” Pelukan itu masih erat. Amira tetap tidak mahu melepaskan pelukannya.

“Alah Piah, kau kan asyik nak bergaduh saja dengan aku,” Suddin yang diam dari tadi mula bersuara.

“Ibu!” Tangisan Amira tambah kuat.

“Suddin, tak boleh kah kalau tak menyakat Amira?” Maznah mencubit tangan Suddin.

Suddin memang suka menyakat Amira. Dan Suddin jugalah satu-satunya yang memanggil Amira dengan nama itu ... PIAH. Bukan Maznah tidak pernah menegur Suddin, tapi ... Suddin tetap memanggil Amira .... PIAH.

Shamil Azlan yang melihat keadaan itu berjalan ke arah Amira. Amira ditarik lembut. Memang terserlah sifatnya sebagai seorang abang. Satu-satunya abang yang Amira ada. Tapi .... dia juga selalu berkomplot dengan Suddin untuk mennyakat Amira. Sudahnya ... adiknya nan seorang itu selalu pulang ke rumah sambil menangis.

"Mira, abang masih ada kan ... Abang Lan takkan tinggalkan Mira. Kita masih boleh main bersamakan." Pujuk Azlan. Tangan adiknya cuba dileraikan dari terus memaut pinggang Maznah.

"Tapi Abang Suddin nak tinggalkan kita," suara Amira tersangkut-sangkut.

"Alah Piah, kau tuh berlakon saja tu ... Bukan aku tak tahu," sampuk Suddin. Sekali lagi, tangan Suddin dicubit Maznah. Geram betul dia dengan perangai Suddin yang tidak sudah-sudah menyakat Amira.

Thursday, April 17, 2008

Pro

"Mama, tolonglah. Jangan buat Mira macam ni." Entah kali yang keberapa, Mira

Tuesday, April 15, 2008

opsss

esok jer lah yer ... dah ngantuk

:P