Monday, July 28, 2008

Perang

Amira tiba lebih awal dari masa yang dijanjikan. Gugup. Amira memang gugup. Ini pertemuan pertama meraka. Harapnya semua berjalan lancar.

"Hai sayang!" Lelaki itu di hadapan Amira. Tersenyum.

"Awak buat apa kat sini?" Amira benci. Sampai ke sini pun, Amira masih di ekori.

"Jumpa Mira lah. Kan Mira nak jumpa abang." Senyuman masih terukir. Amira tambah menyampah. Memang menyampah.

"Jangan perasan, ok!"

"Mira nak jumpa seseorang di sini kan ... "

"Mana awak tahu?"

"Abang tahulah ... sebab Mira nak jumpa abang."

"Boleh tak awak jangan ikut ke mana-mana Mira pergi. Rimaslah." Amira mencapai tas tangannya dan mula melangkah.

Langkahnya terhenti. Terasa seseorang memegang kemas pergelangan tangannya. Amira menoleh kebelakang.

"Tolong jangan buat perkara yang Mira tak suka, boleh tak?"

"Ok. Ok. Maafkan abang. Tapi abang ada hal nak terangkan pada Mira." Lelaki itu masih cuba berlembut, Seperti selalu. Dan seperti selalu juga, Amira akan mengelak dari bertembung dengan lelaki itu.

"Mira tak ada masa untuk awak." Amira terus menuju ke kereta. Lelaki itu masih di situ. Memandang sehingga bayang Amira tak kelihatan lagi. Gagal lagi dia hari itu. Degil. Itu perkataan yang tepat untuk Amira. Tetap sama seperti dulu.

Arrrgghhhh .... Kalaulah tak kerana wasiat ayah. Tentu Amira tak macam nih.

Amira kecewa. Hakimi entah di mana. Suddin yang menjelma. Kereta dihidupkan. Amira beredar dari situ.

No comments: